gojek drivergojek malaysiagrab drivergrab malaysia

GOJEK : Persaingan Baru Kepada Grab Malaysia. (BOLEHKAN GRAB MEMPERTAHANKAN MARKET SHARE MEREKA?)

GOJEK Malaysia VS GRAB Malaysia 2019/2020

Anda mungkin telah membaca berita terkini dari Malay Mail bahawa GOJEK akan datang ke pasaran E-Hailing Malaysia anggaran August/September 2019. Laporan juga telah menyatakan pihak Gojek telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. YB Anthony Loke tidak menafikan bahawa GOJEK akan membawa manfaat pada pasaran E-hailing di Malaysia.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/18/transport-minister-indonesian-ride-hailing-go-jek-considering-to-enter-mala/1754244

Sejak Uber undur diri, Grab menguasai majority pasaran E-Hailing di Malaysia. Walaupun ada persaingan tempatan seperti MyCar, Dacsee, Mula dan lain-lain. Mereka masih tidak dapat menguasai pasaran seperti Uber di Malaysia pada tahun 2014-2018.

Dengan kehadiran GOJEK, pertandingan antara Grab dan GOJEK akan bermula dalam masa terdekat. Admin juga menerima info dari driver bahawa page FB GOJEK Malaysia juga telah dilancarkan sejak berita Malay Mail dilaporkan.
https://facebook.com/gojekmalaysia/

Profil pengasas Grab dan Gojek

Adakah GOJEK akan mengambil kesempatan pada GRAB atas isu Lesen PSV kebelakangan ini dan tunggu sehingga 12th Julai 2019 untuk mengumumkan “master plan” mereka?
Kita tunggu sahaja berita yang akan datang nanti.
Sekian Terima Kasih.
Admin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *