LESEN PSV (Public Service Vehicle) Untuk Grab
Apakah Itu Lesen PSV?
Lesen PSV juga dikenali sebagai Lesen Public Service Vehicle / Perkhidmatan Kenderaan Awam.
Berapa jenis Lesen PSV di pasaran?
3 Jenis.
- Teksi/Teksi Mewah/Kereta Sewa/E-Hailing
- Bas Mini/Van
- Bas
Lesen PSV manakah yang digunakan untuk pemandu Grab?
Hanya Lesen PSV (Teksi/Teksi Mewah/Kereta Sewa/E-Hailing) diterima untuk mendaftar sebagai pemandu Grab.
Berapa Harga/Yuran Untuk Mengambil Lesen PSV?
Harga kursus PSV berbeza antara sekolah memandu. Anggaran kos untuk PSV sahaja adalah RM70-RM300. Tidak termasuk Medical Checkup yang berharga RM50-RM80 dan proses Kad PSV di pejabat JPJ RM20-50.
Untuk pemandu baru, PSV Bersama Grab berharga RM80 (termasuk Kursus 6-jam, makan, Ujian JPJ 1 kali, Medical Checkup)
Apakah cara paling mudah untuk mendapatkan Lesen PSV bagi pemandu yang tidak pernah pandu atau daftar Grab?
Pemandu baru boleh mendaftar terus secara online melalui borang pendaftaran Grab Driver di bawah. Admin akan membimbing anda dan memastikan anda sentiasa berada di langkah permohonan yang betul dan tepat.
Saya pernah pandu Grab tetapi akaun saya ditutup sebab tiada Lesen PSV.
Untuk pemandu Grab lama, anda WAJIB hadir ke Grab GDC untuk membuat rayuan pengaktifan akaun semula. Selepas itu admin GDC akan bimbing anda untuk membuat Lesen PSV secara langsung.
Borang Pendaftaran GrabCar Driver:
http://daftar.grabdrivermy.com
http://bit.ly/grabmyreg_klselangor
Syarat -syarat pendaftaran pemandu
1. Memiliki kereta tahun 2011 ke atas
2. Warganegara Malaysia berumur 21-tahun ke atas.
3. Pemilik MyKad Biru sahaja (MyTentera / MyPR tidak diterima)
4. Lesen Memandu D/DA (Lesen P tidak layak)
5. Handphone Android atau iPhone
Dokumen yang diperlukan dan cara mengambil gambar dokumen untuk daftar Grab Driver (Rujuk Borang Pendaftaran untuk contoh dokumen)
- Gambar Profile
- Ini akan digunakan untuk profile photo. Tidak boleh memakai topi atau cermin mata hitam.
- Gambar IC Original(Depan)
- Pastikan tiada pantulan yang menghalang detail di IC.
- Gambar Covernote Insurance kereta
- (Pastikan nama anda ada di dalam insurance covernote.
- Covernote yang diperlukan adalah muka surat yang ada details kereta seperti chassis number, engine number
- Grant JPJ Kereta.
Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk daftar Grab Driver, click link di bawah untuk WhatsApp admin.
Harap maklum, nombor tertera di bawah hanya menguruskan pendaftaran pemandu baru sahaja.
+60163168357 (BM, English, Mandarin)