grab ehograb evpgrab jpjgrab medicalgrab psvgrab puspakomgrab subsidi

Cara Memohon Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit) Dan Subsidi Kos Grab PSV(JIMAT RM140!), PUSPAKOM Dan Medical Check-Up.


Cara Memohon Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit) Dan Subsidi Kos PSV, PUSPAKOM Dan Medical Check-Up (UPDATE 12th OKTOBER 2019)

Berita terkini berkenaan dengan Grab PSV. Seperti diandaikan, kos keseluruhan PSV ini akan memerlukan anggaran RM800. Selepas beberapa perbincangan antara team admin dan pengurusan Grab. Grab bersetuju untuk menampung sebahagian kos ini untuk menolong rakan pemandu.

Secara ringkasnya, saya akan menerangkan semua di bawah dengan ringkas dan mudah difahami.

[12hb JULAI 2019] Harap maklum, Kementerian Pengangkutan telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh luput untuk pemandu mendapat Lesen PSV sehingga 11hb Oktober 2019. Walaubagaimana pun, anda tidak patut TANGGUH lagi dan lengkapkan kursus PSV dan pemeriksaan kenderaan anda. Submit dengan borang di bawah secepat mungkin untuk mendapatkan kredit percuma secara berperingkat dari RM100(Sebelum 30th September 2019). RM50 kredit extra kalau pemandu ambil PSV di Sekolah Memandu atau ambil ujian PSV dengan Sekolah Memandu Panel Grab (https://grab-car.my/2019/05/02/grab-partner-driving-institute-untuk-seluruh-malaysia/)
Apakah itu EVP?
Pengendali E-Hailing (EHO) perlu memohon untuk EVP (E-hailing Vehicle Permit) bagi rakan-pemandu ke dalam platform. Ini adalah langkah terakhir selepas siap Medical, PSV & Puspakom. Kos EVP adalah RM115. 
Siapakah yang akan bayar kos EVP?
Tidak dinyatakan dan kemungkinan besar akan ditanggung oleh Grab (unofficial)
Berapa anggaran Kos Medical, PSV & Puspakom?
1. Medical RM20-50 (Grab tanggung RM20)
2. PSV training RM100-200 (Grab akan tawarkan kursus PSV online secara PERCUMA)
3. Puspakom RM70+SST (Grab tanggung RM70)

Jumlah subsidi Grab: PSV RM50, Medical RM20, Puspakom RM70
Berkenaan dengan insuran E-Hailing, admin akan update kemudian dalam post ini. Pada masa sekarang ada beberapa syarikat insuran menawarkan harga insuran e-hailing antara RM250-400.
So TOTAL COST untuk PSV, Puspakom dan insuran = RM100-400(Insuran sahaja lain percuma). Jangan gagal ujian PSV dan Puspakom.
[PERHATIAN] pemandu yang sudah ada lesen PSV sebelum ini, anda hanya layak tebus subsidi untuk PUSPAKOM dan EVP sahaja. Anda tidak perlu upload gambar resit kursus. Hanya gambar Grant, Lesen PSV dan Puspakom (Jika diperlukan).

Mulai 1hb November 2019 hingga 31hb November 2019, rakan pemandu tidak perlu beratur di GDC/Kiosk untuk submit PSV. Upload PSV secara online melalui Borang Grab EVP di bawah:

BORANG PERMOHONAN GRAB EVP & PAKEJ PIKUL 
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon GRAB EVP:
1. Geran Kereta 
2. Gambar Kad PSV (Depan)
3. Sijil Puspakom (Kereta 3 Tahun Ke Atas Sahaja)
Nota:
Kereta yang kurang dari 3-tahun(mengikuti tarikh pendaftaran JPJ) tidak perlu submit Puspakom (dokumen 6 & 7).
Rumusan proses di bawah kepada pemandu-pemandu yang masih tidak pasti prosedur.
☑ Bukan blacklist JPJ / PDRM / APAD / Jenayah
☑ Medical (Borang JPJL8A)
☑ Kursus PSV 
☑ Puspakom
☑ e-hailing insuran (add-on)
☑ EVP
[PERHATIAN] Sekiranya anda telah mendapat KAD LESEN PSV atau LULUS PUSPAKOM. Sila SUBMIT SEMULA dengan borang di atas untuk memohon Grab EVP dan Claim Medical & Puspakom anda. Admin akan kemaskini untuk anda dalam sistem sebelum 30HB NOVEMBER 2019)
Submit secepat mungkin untuk mendapatkan kredit percuma secara berperingkat dari RM50-RM100.  

___________________________________

SOALAN LAZIM 
Saya pemandu GrabCar baru, saya mempunyai lesen PSV tetapi belum memohon EVP Grab?
Untuk pemandu daftar kali pertama, anda boleh daftar dengan borang pendaftaran Grab Driver di bawah. Admin akan menguruskan permohonan EVP anda secara online.

Bolehkah saya submit resit dahulu tanpa lesen PSV?
Subsidi untuk PSV RM200 telah ditamatkan pada 31st May 2019. Pemandu yang belum mendaftar kursus sila rujuk pada langkah di atas untuk Kursus Online PSV.

Bolehkah saya update Lesen PSV / Sijil Puspakom di borang di atas selepas mendapat EMAIL UPDATE dari Grab?
Boleh. Anda boleh submit semula dokumen dengan borang yang sama. Admin akan kemaskini untuk anda.

Siapa tanggung kos GRAB EVP?
Kos RM115 ini akan ditanggung oleh Grab, atau EHO (E-Hailing Operator) masing-masing.

Macam mana nak dapat EVP (E-Hailing Vehicle Permit)?
Selain dari claim dengan resit. Anda perlu submit (3) dokumen penting untuk mendapat EVP iaitu, GRANT KERETA, LESEN PSV, SIJIL PUSPAKOM(Kereta 3 tahun ke atas)

Adakah kereta saya perlu diperiksa PUSPAKOM?
Pemeriksaan PUSPAKOM adalah wajib jika kereta anda melebihi 3-tahun (mengikuti tarikh pendaftaran dalam GRANT)

Boleh tak saya claim MEDICAL jika saya tidak ada resit MEDICAL sebab telah diambil Sekolah Memandu?
TIDAK BOLEH. Anda hanya boleh claim dengan resit rasmi sahaja.

Bila saya akan mendapat claim dari Grab?
Jika permohonan anda BERJAYA melalui borang di atas. Duit tebusan akan credit ke CASH WALLET anda dalam masa 10-14-Hari. Call 1300806688 sekiranya anda masih belum dapat claim di CASH WALLET.

Saya sedang mengambil kursus ePSV dengan Grab. Apa perlu saya submit?
Anda perlu submit MEDICAL RESIT, GRANT KERETA dan SIJIL PUSPAKOM (Jika Diperlukan)

Saya telah hantar dokumen ke GDC / Kiosk / Aplikasi Grab Driver, tetapi saya masih tidak menerima sebarang update. Apa saya perlu buat?
Anda boleh submit semula semua dokumen yang berkaitan melalui borang di atas. Admin akan semak semula untuk anda.

___________________________________

Share post ini kepada kawan anda yang anda rasa memerlukan bantuan ini.
Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Grab PSV. Rujuk post di bawah.

Terima Kasih Dan Selamat Berjaya!
Admin, GRAB EVP
___________________________________
Untuk Pendaftaran Pemandu GrabCar Baru.

Borang Pendaftaran Grab Driver (IOS/Android):
http://daftar.grabdrivermy.com

App KL Selangor Driver Registration (Android Sahaja):
Download app KL Selangor Grab Driver Registration dgn link ini:
http://app.grabdrivermy.com

Syarat-syarat untuk daftar Grab Driver:

  1. Memiliki kereta tahun 2011 ke atas
  2. Warganegara Malaysia berumur 21-tahun ke atas. 
  3. Pemilik MyKad Biru sahaja (MyTentera / MyPR tidak diterima)
  4. Lesen Memandu D/DA (Lesen P tidak layak)
  5. Handphone Android atau iPhone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *