grabgrab passenger left item behindgrab penumpang tinggal barang

Grab MY: Cara Mengendali Isu Penumpang Tertinggal Barang Di Dalam Kenderaan Anda?

Cara Mengendali Isu Penumpang Tertinggal Barang Di Dalam Kenderaan Anda?

1) Laporkan kepada Grab HQ melalui borang di bawah.
https://help.grab.com/driver/en-my/articles/115007747967

2) Jika penumpang masih dapat dihubungi, hantar kepada penumpang. Anda berhak mengenakan bayaran tambang MENGIKUT tambang dalam aplikasi Grab tetapi pastikan penumpang bersetuju dengan harga tambang.

3) Anda boleh menempah Grab Express dan hantar balik kepada penumpang. Seperti di atas, penumpang perlu bersetuju dengan harga penghantaran tersebut.

4) Kalau penumpang tidak bersetuju dengan langkah 2) dan 3). Hantar barang tersebut ke Grab Axis.
Alamat: Ground Floor, Block A, Axis Business Campus No 13A &13B Jalan 225, Section, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Pastikan anda ambil gambar barang tersebut dan pastikan admin Grab telah menerima barang tersebut untuk mengelakkan kesulitan lanjut.

Kadang-kala penumpang akan report kepada Grab Support. Admin Grab akan menghubungi anda dahulu untuk memastikan barang yang tertinggal ada di dalam kereta anda.

Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *