TOLL Siapa Bayar? Jawapannya mudah tapi banyak yang masih salah
Jawapannya ialah penumpang membayar toll. Grab tidak seperti Uber menambah kadar toll secara automatik di dalam e-resit.
Dengan Grab, Grab Driver harus ingat setiap toll yang dilalui. Masa dropoff passenger, key in jumlah toll di bahagian Tolls & Others dalam e-resit.
Kenapa ramai Grab Driver masih tidak tahu?
Sebab tak baca. Contohnya nak pergi skydiving tapi tak baca cara pengunnan parachute kan. Semua gambar di sini termasuk gambar di bawah adalah diambil dari Grab Driver Online Training link, https://grab.pathwright.com/library/
Jika anda membuat online training dan baca GrabCar Slides dengan teliti. Kamu akan tahu bahawa Toll adalah dibayar oleh penumpang.
Soalan di Grab Driver quiz pun ada tulis
So lain kali masih ada orang kecam pandu Grab tak boleh untung, merungut kos toll berpuluh-puluh setiap hari.
Langkah pertama adalah ketuk kepala dia sebab tak membaca lepas itu bimbing dia untuk mengambil bayaran toll dari penumpang. Hanya toll yang dilalui bersama penumpang, bukan toll yang on the way ke pickup point.
APA PERLU DIBUAT KALAU PASSENGER TAK NAK LALU TOLL?
Mengikut peraturan GrabCar. Driver dan Passenger kena ada persefahaman.atau mutual understanding atas route yang kita pilih.
Tips admin untuk mengatasi masalah ini adalah, selepas anda accept job, check destination A ke B sama-ada lalu toll atau tidak, agak berapa toll kena lalui (berdasarkan pengalaman anda)
Kemudian, call atau chat dengan passenger secara sopan samaada mereka bersetuju untuk melalui toll. Kalau mereka tak bersetuju, anda berhak untuk cancel trip tersebut untuk mengelakkan perselisihan faham yang akan berlaku nanti.
Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi bergaduh dengan passenger disebabkan oleh bayaran toll.
UPDATE 2019
Penumpang WAJIB dan harus mengikut laluan toll yang ditunjuk pada WAZE/Google Map. Ini kerana kadar tambang Grab adalah dikira mengikut laluan yang paling munasabah dan masa yang paling singkat.
Soalan Lazim
Apa perlu dibuat jika penumpang tidak munasabah dan enggan membayar toll?
Pemandu Grab mesti membawa bertenang dan jangan bertengkar dengan penumpang. Ikut laluan yang ditunjuk pada Waze/Google. Bayar toll tersebut sendiri, lepas dropoff penumpang. Report trip tersebut mengikut langkah di bawah dan menebus balik tambang toll dibayar tadi.
Pihak Grab akan mengambil tindakan kepada penumpang yang enggan membayar toll kemudian.
Siapa bayar toll yang kita lalu MASA KE PICKUP POINT?
Kalau anda lalu toll masa ke pickup point passenger. GRAB yang bayar. Jangan ambil dari penumpang.
Macam mana nak claim bayaran toll tersebut?
Lepas dropoff trip tersebut, report trip tersebut dalam Support > Help Centre. Kalau boleh screenshot lokasi GPS anda sebelum pergi ke pickup point, terangkan di dalam report tersebut. Grab akan balas email dalam masa terdekat.
Tetapi jangan sesekali tunggu job di sebelah toll dan cuba exploit tebusan ini. Grab akan ambil tindakan terhadap pemandu yang salah guna fungsi ini.
CARA BARU OLEH GRAB HQ:
9. Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan untuk tambang / caj tol?
- Tekan ‘Bantuan’ di dalam aplikasi anda
- Tekan ‘Pusat Bantuan’
- Tekan ‘Report a past trip issue’
- Tekan ‘Payment or Trip Issue’
- Tekan ‘My passenger didn’t pay’
- Pilih trip di mana penumpang tidak membuat bayaran
2 thoughts on “Grab Toll Siapa Yang Bayar? (UPDATE MARCH 2019)”
Saya dapat job masa atas highway tol, dah call CS utk claim tapi grab cakap kena tanggung sendiri
Admin akan semak dan pastikan lokasi anda tetap pada masa job masuk. Bukan dalam keadaan bergerak.
Pemandu tidak digalakkan online semasa berada di atas lebuhraya sehala.